Im happy to be ur friend.. =)

Saturday, August 11, 2012

Apabila Perempuan Datang Haid

Assalamualaikum dan hye hye semua.. =D

Sebelum Qist menyambung, bacalah cerita pendek yang Qist cipta.. 



Pada suatu hari..................

"Kenapa sakit sangat perut Mia ni...." keluh Mia. Kali pertama perutnya berasa begitu pedih. Dia tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelasnya..

Setibanya di rumah,

"Kamu kenapa Mia? Teruk sangat rupanya.." tegur ibu Mia. 

"Entahlah ibu.. sakit sangat perut Mia, dah ke toilet banyak kali, tak juga mahu keluar."

"Nak datang bulan kot..."kata ibunya.

"Apa ni ibu, Mia baru 10 tahun... Takkan cepat sangat. Mana ada kawan Mia datang bulan lagi.. Mia kecik je lagi..." 

"Manalah tahu.. Kawan ibu dulu, umur 9 tahun dah datang haid tau.."

"Dahlah, Mia nak ke toilet... Pedih sangat ni.. Rasa lain macam pula..." kata Mia lantas berlari ke toilet.

Di dalam toilet, Mia sungguh terkejut melihat ketulan darah keluar dari kemaluannya.... Kemudian..

Ibuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!

"Ha... tu la.. Ibu dah agak dah. Nah, pakai pad ni.." kata ibu Mia sambil menghulurkan Kotex.. 

"Nak pakai macam mana, ibu?"

"Bertuah punya budak.. Bahagian bergam tu lekatkan pada seluar dalam kamu tu.... Bila rasa penuh, tukar.. Ibu nak masak jap."

Mia termenung sendirian. Dia berasa tidak selesa dengan perubahan dirinya. Namun dia kena terima hakikat bahawa setiap wanita mesti akan datang haid. Perutnya rasa keras dan tak selesa. Bahagian belakangnya rasa sangat sakit, pinggangnya pedih.. Senggugut barangkali...

Di dalam kelas,

"Ok murid-murid, sila keluarkan Al-Quran yang ustazah suruh bawa semalam.." arah ustazah Naimah kepada semua anak muridnya. Kemudian, mata ustazah tertumpu pada Mia.

"Mia, mana al-Quran kamu? Kan ustazah dah pesan...." Semua kawan-kawan Mia pandang ke arahnya.. Mia menjadi semakin malu. Entah bagaimana dia hendak terangkan kepada ustazahnya. Kemudian, dia bangun menuju ke ustazahnya. Tiba-tiba..

"Mia, darah!" jerit salah seorang kawannya. Semua kawan Mia termasuk kawan lelaki Mia tercengang. 

"Mia keguguran?" kata Syafiq terkejut. Dia teringat filem melayu yang ditontonnya. Apabila seorang wanita keguguran, darah pasti mengalir dari farajnya. 

Mia menjadi semakin malu, dia berasa hendak menangis. Dia tidak menyangka dia mengalami kebocoran. Habis kotor bajunya dipenuhi darah. Kawan baiknya memandangnya dengan penuh simpati. Ustazah membawanya ke toilet. Mia berasa sangat pening. Tiba-tiba dia jatuh pengsan. 

"Mia, bangun sayang...."

Mia terjaga. Dia terkejut melihat ibunya di sisi. Dia menangis. 
Mia sebenarnya mengalami senggugut yang teruk. Doktor telah memberinya ubat senggugut. Pesan doktor, hanya makan ubat bila perlu. 

"Mia, kalau senggugut, kena minum air suam banyak-banyak. Jangan minum ais tau, nanti makin sakit. Ibu nak panaskan tungku kejap, nak tuamkan kat perut Mia nanti, baru reda sakit tu. Kesian anak ibu..."

Puan Mariam pergi ke bahagian dapur, dia terkejut melihat pad yang masih berdarah di dalam tong sampah. Dia hanya mengeleng. 
Setelah tungku dipanaskan, ibunya membalutnya dengan kain sama seperti ketika dia dalam pantang dahulu. Kemudian, dia menuju ke bilik Mia.

"Mia, lain kali, pad tu kena basuh sampai bersih, takde darah sikit pun. Kalau tidak, nanti syaitan suka." terang ibunya sambil menungku perut Mia. Mia merasa lega.

"Tapi kan ibu, darah tu kan kotor. Mia gelilah.." kata Mia sambil membuat mimik muka geli.

"Memanglah, sape suruh guna tangan. Ibu basuh guna kaki je." Mereka berdua ketawa. "Sekarang dah ok Mia?

"Sudah ibu, terima kasih.. Ibu, kalau tinggal solat, kena ganti balik tak?"

"Tak sayang, tapi kalau tinggal puasa, baru kena ganti. Faham?

Mia mengangguk. Akhirnya dia pun tertidur. 

Keesokan harinya dalam kelas. Mia disoal dengan macam-macam soalan dari kawan perempuannya. Maklumlah, setakat ini hanya dia seorang sahaja yang mengalami haid. 

"Korang rasalah sendiri nanti. Sakit tau...." kata Mia mengusik. Muka kawannya sudah pucat. Apabila Mia berkata seperti itu, semakin banyak soalan yang ditanya kepadanya... Kemudian, ustazah Naimah pun masuk ke dalam kelas.

"Assalamualaikum semua. Hari ni kita akan belajar tentang Darah Haid.." Mia tersenyum. "Paling tidak, aku sudah akil baligh," bisik hati Mia. Ustazah Naimah tersenyum kepada Mia, lalu dia memulakan pembelajaran dan mengeluarkan buku "Apabila Perempuan Datang Haid" karya Ustazah Qistina Sumaiya.. =p


Ok dah, sekarang Ustazah Qistina Sumaiya pula sambung ye. =p
Setiap wanita pasti akan datang bulan, ye dak? Tertanya juga, kenapa dipanggil datang bulan? Entahlah, mungkin sebab haid tu datang setiap bulan kot. ye kot... 

Apa itu haid?

Haid bermaksud darah yang mengalir keluar dari kemaluan wanita dari dalam rahimnya secara semulajadi (bukan sebab sakit). 

Darah yang keluar dari kemaluan wanita ada 3 iaitu darah haid, darah nifas(selepas melahirkan anak) dan darah istihadah( darah penyakit). 

Syarat darah haid

1. Menepati ciri-ciri warna darah haid.
2. Seorang wanita yang telah mencapai umur kemungkinan haid. (kebiasaannya seawal 9 tahun, kurang daripada itu bukan)
3. Tidak hamil. (Wallahualam. Sebab ada juga yang mengatakan perempuan yang hamil boleh datang haid.)
4. Tidak lebih dari 15 hari. Selebihnya mungkin darah istihadah.

Warna darah haid

1.Hitam
2.Merah
3.Asyqar (antara merah dan kuning)
4.Kuning
5.Keruh

Saidatina Aisyah ditanya samaada mereka telah suci atau belum. Lalu Aisyah menjawab, "Janganlah kamu tergesa-gesa mandi wajib sehinggalah kamu melihatnya seperti kapur putih" 
(Riwayat Imam Al-Bukhari)

Bila umur mencapai darah haid?

Menurut jumhur ulamak( termasuk Mazhab Syafie, Hanafi dan Hanbali, kebanyakannya menurut Maliki) 

Tempoh datang haid seawal 9 tahun. Mungkin ada lagi awal.. Tapi ikut logik lah. Kalau kategori kanak-kanak tadika tu, agak mustahil. 

Tempoh putus haid

Tiada tempoh khas. Ada awal, ada lambat. 

Menurut, 
Imam Syafie: selepas 62 tahun. 
Imam Abu Hanifah: selepas 55 tahun.
Imam Malik: 50-70tahun.
Imam Ahmad: 50-60tahun..

Lebih dari itu, dianggap darah istihadah. 

Tetapi menurut cikgu biology saya, semakin cepat wanita itu datang haid, mungkin dia akan putus haid lebih awal. Orang panggil menopause. Ada mulut jahat panggil expired. Tak baik perli perempuan mcm ni tau. 

Tempoh haid

Yang Qist pernah belajar,

Paling cepat: sehari semalam.
Paling lama: 15 hari. 

Bila nak tahu darah dah habis? Kawan pernah cakap, tunggu 3 waktu solat. Kalau dalam tempoh itu sudah tiada lagi darah keluar, maka dah boleh mandi. 

Larangan ketika haid

1. Solat
2. Puasa
3. Tawaf
4. Pegang al-quran dan membacanya.
5. Duduk dalam masjid. 
Ada khilafnya. Ada yang mengatakan boleh masuk, tetapi bukan di tempat solat. Bimbang terkena darah haid.
6. Berpuasa. 
7. Bersetubuh dengan suami. (Ini akan menyebabkan pendarahan dalam rahim wanita. Larangan Allah ada sebabnya. Mohon suami puan-puan faham ye.)
8. Dijatuhkan talak ke atasnya. (Masa qist pergi kursus kawen dulu, ustaz kata tak boleh sebab macam menganiaya isteri. Bila talak jatuh waktu haid, tempoh iddah isteri menjadi semakin panjang. wallahualam).

Janganlah bersedih tak boleh beribadah seperti biasa. Banyak lagi yang boleh dibuat seperti berzikir, bersedekah... =) Haid adalah ketentuan Allah kepada wanita. Dengan haid, darah kotor akan keluar dari badan tau.

Apa perlu buat selepas habis haid?

Bersuci dan mandi wajib. 

Betul ke tak boleh potong kuku ketika haid? kalau potong kena simpan kuku tu, then bawa sekali masa mandi. 

Wallahualam. Ada tanya ustazah. Ustazah kata dibolehkan, takde dalil tentang itu. Mohon rujuk yang lebih pakar. 

Apa beza haid dengan istihadah?

Ada penjelasan yang cukup lengkap dalam entry ini. klik sini.

Apa itu senggugut?

Nak tahu penjelasan yang baik mengenai senggugut. Sila rujuk sini
Tanda-tanda senggugut selalunya macam ni, sakit bahagian perut, pinggang dan bahagian belakang badan. Adakalanya badan menjadi sejuk. Ada juga yang kerap pitam semasa senggugut. Jadi, jenis yang pitam ni janganlah keluar waktu period tu ye. 

Apa perlu dibuat ketika senggugut?

1. Jangan minum minuman berais.
2. Elakkan buat kerja berat.
3. Elakkan mengambil ubat. Kalau teruk sangat makanlah.
4. Tuam perut dengan benda panas. Lega weh.

Senggugut ni tak semua wanita kena. Jadi, dapatkan rawatan sebaiknya bila senggugut. Qist selalu kena, memang sangat sakit. 

Petanda nak datang haid

1. Jerawat tumbuh
2. sakit perut
3. Letih.
4. Emosi tak stabil. haha. tu lah, jangan diganggu wanita yang moody, mungkin diorg period. kalau tak, rasa macam jumpa singa betina. Belum perempuan yang mengandung lagi. Pernah rasa. haha.

Cara menjaga diri ketika haid

1. Selalu mandi
2. Kerap menukarkan pad. Jika biar terlalu lama, akan menyebabkan kegatalan. 
3. Beli sabun khas untuk membasuh kemaluan.
4. Ustazah pesan, jangan kerap membasuh dengan sabun sangat bahagian kemaluan, bila kering, akan menyebabkan kegatalan. 

Apa perubahan fizikal ketika baligh? 

hihihi.. Sila rujuk blog ini untuk penjelasan yang bagus. klik sini

Kesilapan wanita. Solat selepas haid.

klik sini. untuk membaca. 

Boleh ke ambil pil penahan haid ketika bulan ramadhan? Nak puasa penuh lah katakan...

klik sini. untuk mengetahui maklumat selanjutnya.

Hadis Sahih Bukhari mengenai haid, klik sini. Bacalah, sangat berguna. 

last,

mohon jaga diri sebaiknya sebaik sahaja sudah mencapai akil baligh... Sudah besar, kena pandai jaga diri. Wanita semakin dewasa semakin menawan, sebab itulah dia kena semakin menjaga dirinya. Ye anak-anak semua?

Bila datang haid, anda dinasihatkan untuk mencatat tarikh dan tempoh. Kalau tak normal, silalah jumpa doktor untuk rawatan lanjut. haid yang normal adalah selama 7 hari. Lebih atau kurang dari itu agak tidak normal. Mungkin anda ada sakit. 

Ini artikel kedua sempena ramadhan. Buat kaum wanita semua, orang perempuan yang datang haid ni lebih penat dari yang tidak. Oleh itu, janganlah kamu turut "berpuasa" seperti perempuan lain..
Kalau segan nak makan, minumlah walau sedikit. Takpun makan dalam bilik, dalam almari pun boley.. =D

Artikel kali ini lain sungguh ya? 

Sebenarnya memang tujuan Qist nak buat cerita dahulu baru huraian. Cerita Mia itu fungsinya untuk memahami keadaan wanita yang baru datang haid. Menjadi tak? huhu... Dah lama tak buat cerpen. Sekurang-kurangnya korang faham ek? hehe..

Artikel ini sesuai untuk siapa?

Matlamat utama qist, kanak-kanak perempuan dan lelaki(bakal ayah, bakal suami, abang, adik lelaki). hehe. Kadang2 perempuan pun tak tahu menguruskan dirinya. Untuk si lelaki pula, sungguhpun haid itu terjadi kepada wanita, kamu wajar ambil tahu juga... 
Semestinya sesuai untuk semua. Ilmu kan? =D

Kalam Allah buat semua wanita, 

"Dan hendaklah kamu tetap tinggal di rumah kalian dan janganlah kalian berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah dahulu. Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghapuskan dosa-dosa kamu, wahai ahlul bait, dan membersih-bersihkan kamu sebersih-bersihnya" (Surah Al-Ahzab ayat 33)

ok, semoga bermanfaat..  

SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT MALAM LAILATULQADAR.. AMEEN... 

rujukan.
kebanyakan rujuk di sini

walau apapun, nak tahu sesuatu ilmu tu sebaiknya BERGURU. 
=)





sekian,

pengarang,
Normizan Qistina @ Qistina Sumaiya.

18 comments:

  1. Baa~ CAK!!

    Info menarik.. Walaupun segan nk baca.. Tp sgt penting rupanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep2...

      ariflah fasal wanita, baru gentleman.. hehe

      Delete
  2. huuu..sy penah kena senggugut msa g amali luar...pergh...seksa sgt....nk pitam, nk nanges..nk balik..nak tido..lapar..sume ada..huu +__+

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah... kalau luar dari rumah, cari botol, isi air panas, then tuam kat perut.... insyaAllah habis cair darah beku semua...

      banyakkan minum air panas waktu senggugut ya...

      Delete
  3. Assalamu'alaikum wbt..
    first baca, malu2..hehe..
    tp cara kak qist berkesan nak tarik minat baca dgn wat cerita mia tu dulu.. alhamdulillah! tahniah ats entry terbaik tentang haid wanita ni! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam sis.. hehe..
      terima kasih.. =)

      nantikan artikel seterusnya sebelum tamatnya ramadhan... ^^,

      Delete
  4. Salam . Akak , minta izin share artikel ni dlm cerpen sy boleh ?! =) Terima Kasih . =)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum warahmatullah.

    Nice entry dik.
    Bagus,benda ni kita tk perlu malu. Baik lelaki apalg perumpuan,dua2 kena belajar. Kalau tk semua golongan akan tanggung dosa,.

    cuma yg ni,
    -potong kuku boleh ketika dlm haid,tkde larangan dlm agama. so tk perlu nk potong,simpan dan bawa mandi semua tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam warahmatullah..

      thanks ya kak.. =)

      Delete
    2. Saya dah berumur 15 thun tp msih blum dtg haid lagi ..saya malu dgn kwn2 ..akak ada penyelesaian x ?

      Delete
    3. Kira ok lagi waktu tu.. tapi kalau dah form 5 tapi tak datang2... baik jumpa doktor lah.. hehe

      Delete
  6. terima kasih atas semua ilmu yang baik yang telah dikongsikan bersama .....saya cuma ingin memberi sedikit pandangan itu....gambar2 yang dimuatkan dalam bolg ni terutamanya gambar2 kartun tu biarlah yg sesuai dengan adab dalam agama ISLAM....maaf...

    ReplyDelete
  7. Info yang menarik :) Cari sebab perempuan kuat makan bila datang haid, terjumpa pulak ni. Hihii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehee.. sebab perubahan hormone.. then metabolisme darah tinggi...
      lagipun logiknya darah keluar banyak nanti.. makan banyak utk gantikan balik apa yg dikeluarkan

      Delete
  8. Nice entri sis... kadang2 bnda2 yg simple melibatkan haid ni kita tlupa gak...cth bsuci lps haid... thnx atas info ye. Sgt bermanfaat. Salam perkenalan dr sy

    ReplyDelete