Im happy to be ur friend.. =)

Thursday, July 28, 2011

Langkah-langkah untuk permohonan pembiayaan ptptn dari cik Qistina. =p

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan Hye Hye semua~ =D
Post ni nak terangkan langkah-langkah membuat pemohonan PTPTN. Ok next,

Langkah-langkahnya..
  1. First of all, pemohon mesti menerima tawaran belajar terlebih dahulu. 
  2. Sebelum isi, pastikan anda memenuhi syarat permohonan terlebih dahulu. sila rujuk sini
  3. Buka dulu akaun bank berdasarkan universiti yang anda dapat.. kena buka akaun mana? check di sini. (Bank Panel-PTPTN)
  4. Buka jugak akaun SSPNPelajar yang takde lg akaun boleh pergi kat Bank Islam Malaysia Berhad(BIMB) atau Maybank. Kalau yang buka akaun di Maybank, boleh terus mohon, yang buat kat BIMB, kena tunggu esoknya. 
  5. Beli nombor pin ptptn di BSN,rm5. (sekarang tak tahu berapa. haha) No pin nih leh simpan selama 6 bulan jek. 
  6. Buka laman web ptptn untuk mengisi borang. klik here
  7. Pengesahan permohonan boleh dibuat dalam tempoh sebulan sebelum tarikh daftar ke universiti.. Contohnya, nak masuk universiti 3/9, dah boleh mula sahkan permohonan pada 3/8 hinggalah sampai tarikh tutup. Maksudnya, bukan HANYA boleh sahkan permohonan pada 3/8 sahaja, tetapi dalam tempoh hinggalah tarikh tutup permohonan. Contohnya tarikh tutup 30/8, then boleh sahkan dalam tempoh 3/8 hingga 30/8. Faham? kalau tak boleh sahkan awal-awal, tunggu keesokan harinya.. 
  8. Buat permohonan cepat-cepat. Sebelum tiba tarikh tutupnya.  klik here untuk tahu bila tarikh tutup.
  9. Sesetengah Universiti tak bagi no matrik, masa batch saya, no matrik tak wajib isi, kalau ada, isilah.
  10. Isi betul-betul. Pastikan nama jurusan dipilih dengan betul, universiti yang betul, Tahun pengajian yang betul, mod pengajian yang betul, tahap pengajian yang betul. Kalau untuk yang baru masuk, pilih IJAZAH PERTAMA SEPENUH MASA, bukannya SARJANA SEPENUH MASA(ini untuk master). Kesilapan boleh menjejaskan permohonan anda. Namun ada je nama jurusan takde dalam list, call pihak ptptn.. diorg kata boleh pilih yang seakan-akan. Nama kos ni kadang2 berubah, pastuh, setiap tahun ada kos baru. Mungkin pihak PTPTN jarang update.
  11. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan untuk dihantar kepada pihak universiti nanti. Maklumat apa? Baca semua surat panduan permohonan ptptn yang kamu dapat. Baca elok2. jangan malas. =p
  12. Bila dah isi, mohon semak semula ye.. kot-kot ada tersilap..
  13. Perlu diingatkan.. Sebaik sahaja anda tekan button YA untuk pengesahan permohonan.. Sebarang pindaan tak boleh dilakukan melainkan untuk penukaran no akaun,kalau silap part lain kena beli nombor pin baru dan MOHON SEMULA. 
  14. Kalau boleh elakkan sebarang kesilapan masa mengisi maklumat. Sebab bila dah tersilap benda2 penting macam tahun pengajian, jurusan, boleh effect permohonan. Bila nak mohon semula, kena batalkan permohonan yang lama. Nak batalkan pula, kena tunggu permohonan diluluskan atau tak, baru leh batalkan. (tak silap lah). Yang silap-silap ni, akan buat untuk kelompok kedua. kan dan buang masa.. 
  15. Kalau tak silap, hanya kesilapan yang besar sahaja yang kena mohon semula. Lebih baik tanya pihak ptptn dahulu ye. Jangan pandai-pandai mohon semula terus. 
  16. sebarang masalah boleh hubungi pihak ptptn=03-20804455... 
  17. Pastikan anda isi emel yang sah dalam borang ye. Kena rajin-rajin check emel. Dan melalui emel ini juga segala borang akan diupload. 
*untuk pemahaman, borang kena diisi secara online dahulu. Bila di universiti nanti, kita hantar dokumen sokongan yang diminta pula. Faham???

Setelah permohonan diluluskan.

Setelah diluluskan, check emel anda. Kemungkinan borang telah disend di emel anda. 

1. klik sini  untuk Panduan Dan Peraturan Am Mengisi Surat Tawaran Pembiayaan, Dokumen Perjanjian dan Lampiran Perjanjian Pembiayaan Pendidikan PTPTN. Panduan ini adalah yang terkini mengambil kira perubahan dasar Tanpa Penjamin bermula 1 Jun 2011.

2. klik sini  untuk Panduan Pengisian Surat Tawaran & Dokumen Perjanjian Tambahan Kenaikan Jumlah Pembiayaan.

3. klik sini untuk Panduan semakan penyata online dan bayaran balik melalui fpx

Oh ya, jangan lupa klik sini untuk mendengar amanat daripada pihak ptptn.. hehe.. mungkin banyak step nak isi, maklumlah, bukan senang nak bagi orang pinjam duit. 

Bila boleh start mohon? Sebulan sebelum tarikh daftar ke Universiti dah boleh dah. 

kalau nak wat pengesahan tp maklumat selalu ditulis tak lengkap.. maka call la pihak ptptn agar diorg dapat bantu editkan... 

turut apply biasiswa lain? anda boleh batalkan permohonan ptptn. 

ok, dah baca? qist nak summaries balik

1.mula2, isi secara online. bila start isi? sebulan sebelum tarikh daftar ke universiti.

2.sebelum isi pastikan dah ada.. 1.no pin 2.akaun sspn 3.akaun bank berdasarkan U masing2. cthnya umt:cimb. kena buat sebab elaun akan masuk melalui bank tu. (kalau da ada, tak perlu buat lg)

3.bila dah isi, tunggu hingga tarikh tutup permohonan ptptn. Kemudian seminggu lepas tu, akan diberitahu samaada permohonan diluluskan atau gagal. JIka LULUS, anda akan diberi borg2 untuk diprint secara online. settle.

4.bagi pelajar yang layak, anda mungkin akan ditawarkan WPP. wang pendahuluan sebanyak rm1500. Jika setuju, rm500 akan dipotong selama 3 sem(sebagai gantian).

5.di universiti nanti, anda perlu bawa borg yang anda print, maklumat permohonan(yang dah diprint), dan juga dokumen sokongan serta setem hasil. Pihak ptptn akan datang ke universiti anda dan memungut dokumen2 itu. Kena buat elok-elok. Stress nanti bila dia reject. 

*PASTIKAN KERTAS YANG DIGUNAKAN ADALAH 80GSM.

*Permohonan ni, ada 2 kelompok... kelompok 1 dan 2.. kelompok 1 ni bagi yang isi awal.. kelompok 2 ni selalunya bagi mereka yang isi lambat macam tersilap isi masa kelompok satu ataupun bagi second intake. Bezanya, kelompok 2 dapat duit lambat sikit. Untuk sem 1 jelah lambat, sem seterusnya sama je kot. Entah, tak pasti.


p/s: Jika anda pernah memohon sebelum ini. Contohnya dari diploma ke degree atau degree ke master, mohon buat penangguhan bayaran dahulu, kalau tak korang kena kejar ngan pihak ptptn suruh bayar hutang.. hehehe.. Kemudian, isilah macam biasa. Good Luck!


MEMANG REMEH, BUKAN SENANG ORANG NAK BAGI PINJAM! =D





JANGAN LUPA BAYAR BALIK YEEEEEEE~ 

DAH LOG IN, JANGAN LUPA PASSWORD. SIMPAN SAMPAILAH KORANG DAH SETTLE HUTANG, wahahaha..
*PTPTN hanya pilihan, taknak takpe.


kalau ada soalan mengenai kesilapan isi ke, lebih baik call pihak ptptn... saya tak tahu
Saya dah cuba sehabis baik buat panduan selengkapnya. 
Maaf atas kekurangan. Moga membantu. 
yang benar,

p/s: Bermula pada 1 Januari 2013.. Saya tak akan menjawab apa-apa soalan mengenai PTPTN.. Sebab sudah lama sangat dengan tarikh saya meminjam, takut tersalah info.. Mohon call sendiri ya pihak ptptn.. Kalau tanya juga saya, saya takkan layan.. =)
Entry ni dah lama dah.... 

Cik Qistina. =)

44 comments:

  1. salam.. em, nak tnye pndangan awk, kalau kan sy da ade no matrik, tp sy x isi, (case x perasan kewujudan nye) awak rse, permohonan sy akan diterime tak?? thank you..

    ReplyDelete
  2. Minta maaflah lambat.. hehe
    Tapi takde masalah pun kan?
    =D

    ReplyDelete
  3. Buat yang membaca, ini entry lama..
    sila baca panduan dengan baik.. tq

    ReplyDelete
  4. saya nak tanya ni.tunggu masuk university baru buat permohonan ke cmana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam... isi sebulan sebelum tarikh masuk ke universiti....

      boleh rujuk link ini..

      http://www.ptptn.gov.my/web/guest/faq/onlineapps

      Delete
  5. kamu boleh isi skrg, tapi kamu hanya boleh sahkan permohonan sebulan sebelum masuk U..

    sebagai contoh, UMT: tarikh masuk 2/9...
    start 2/8 dah boleh mohon dah....

    begini, sekarang ni, hanya sediakan
    1. akaun sspn,(kalau dah ada, takpe)
    2. akaun bank ikut universiti. kena buka sebab ptptn akan masuk ikut situ. (contoh, umt:cimb)
    3. no pin..

    mula2 daftar, dan isi secara on9..
    bila dah isi secara on9, tunggu hingga permohonan diluluskan..
    bila permohonan diluluskan,
    then, dia akan bagi borg2 yang perlu didownload..
    borg2 itulah yang kena bawa masa datang u nanti...

    sekarang ni, hanya mohon melalui on9.. nak isi sekarang pun boleh dah.. dan simpan maklumat..

    faham?

    ReplyDelete
  6. ye dik.... dalam laman web ptptn ada nyatakan.. baca dulu ye....

    ReplyDelete
  7. salam..saye dah isi malumat semua..tpi xleh sahkan..adakah kene tunggu lagi sebulan masuk U baru sahkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam firdaus...
      ya betul..
      skrg kamu isi pun hanya boleh simpan maklumat tapi tak leh sahkan..
      tunggu bulan 8 nantilah dik.. insyaAllah boleh..

      pastikan maklumat tepat ye.. =)

      Delete
  8. Saya ada masalah, boleh tak kalau sahkan walaupun terlewat? contoh kena sahkan 2/8 tapi saya terpaksa sahkan pada 3/8.. adakah ia akan mengganggu proses permohonan sama ada lambat atau cepat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan salah faham... bukannya 2/8 tu tarikh kena sahkan..
      2/8 tu mcm start tarikh utk pengesahan sampailah tarikh tutup...
      cthnya tarikh tutup ialah 27/8, maka boleh sahkan dalam tempoh
      2/8 hingga 27/8....

      Delete
  9. salam..
    selalu bace blog nih~~ hihihi~~ abis semua post diselongkar...
    seronok, sbb macam dah boleh preparekan diri.. maklumlah, semua kena uruskan sendiri.. thanks, bukan utk post ni je, utk semua post lah. really help me a lot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... terima kasih suha... memang itu tujuannya...
      sebab akak dulu pun terpinga2... dan buat entry bila perlu.. hehe..

      Delete
  10. assalam,

    Sy bru lepas bukak akaun sspn kat cimb sambil bkak akaun cimb skali tadi.. cek2 dekat copy sheet xdak pula no akaun sspn ingat dia dh tulis time scan T_T . So macam mana nak check ye? tak lama lagi dh nak daftar U dh ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.... baik pergi ke bank cimb balik... tanya diorg...

      Delete
  11. biasanya nombor account tu dpat mcm mane ea? mmg dia kasi time buka acc tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dulu, masa daftar, terus dapat... skrg tak tahu camne

      Delete
  12. assalam :)

    nak tnye ,, kalau tak dftar PTPTN tak blh dpat WPP ke ? lg 1 , kalau saya dftar ari nie bler blh sah kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...

      selalunya camtulah.. kalau tak dapat, camne diorg nak tahu maklumat peribadi kita, ye dak?

      dah boleh sahkan sebulan sebelum masuk U,
      jadi rata2 masuk U awal bulan 9..
      dah boleh sahkan terus.. =)

      Delete
  13. setel da =), ty2. Selamat beraya anyway..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah, nanti prepare dokumen baik2. stress nanti kalau salah.
      bila dah settle semua, baru lega.

      selamat beraya jugak! =)

      Delete
  14. salam, mintak pendapat,, saya dh bukak no akaun sspn dr skolah mngh masa br dpt twran blajar. saya pernah daftar on9 tp saya dh tak ingat password saya and email untuk sy reset password balik tu pun saya dah tak guna dah, sebab tu email masa sekolah menengah, macammane ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam... Saya tak pasti. Bukan bidang saya. Boleh call mana2 pihak sspn.

      Delete
  15. Assalamualaikum kak.. kalau saya tersilap isi no matrik mcm mana kak..? saya kena buat permohonan lain ke..? saya tersilap masukkan no matrik masa saya belajar dekat matrikulasi dulu.. saya tak masukkan no matrik university saya..

    ReplyDelete
  16. salam akak. nak tanya. kenapa saya isi pendaftaran online tu dia ckp maklumat tidak sah? bulan depan dah nak masuk. help me please. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.. digalakkan untuk call pihak ptptn sendiri... diorg akan tolong edit mana yg patut dan bantu mana yg patut..

      Delete
  17. kak, selain pinjaman ptptn, pinjaman apa lagi yg boleh dimohon as a student umt to be ? mara blh tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. buka website mara, jika menepati syarat, applylah. =)

      Delete
  18. akak , macam mana eh kalau kita dah apply , kemaskini terlebih tiga kali untuk matriks , nak batalkan dia nak isi balik macam mana yea ? :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak, ada beberapa kesalahan yang boleh diterima.

      btw, lebih baik call pihak ptptn tanya. as mentioned, saya dah lama apply, takut salah bg info. =)

      Delete
  19. Memang kena apply sebulan sebelum ke? Kalau awal sikit?

    ReplyDelete
  20. assalam.. saya baru isi. daftar u dalam 3 hari lagi mcm mana yer? tengs info..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... boleh je isi kan?

      utk maklumat baik tanya sendiri pihak ptptn.

      Delete
  21. no pin ptptn 2 bila boleh beli?sepanjang masa ke?

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum,nak tnye,masa ana isi,xtawulah masa tu server ptptn problem ke ape,masa isi utk mklumat kputusan spm,spatot'y ana tahun 2010,tapi dia tnjuk 2013,dan utk program foundation,dia tnye bilangan subjek yg diambil,tp cuma ade 1 plihan je,walhal ada bnyk sbjek..agak2 nya ada masalah x nanti tntang ni??tpi yg lain smua in shaa Allah btl,just takut ditolak sbb tahun spm dia lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..

      akak dah mention dah kat atas ni akak tak akan jawab mana2 soalan menjelang Januari 2013...

      akak pun dah tak ingat mana. maaflah dik. lebih baik pergi tanya sendiri kat pihak ptptn. lebih puas hati.

      Delete
  23. hai..saya nak tnye skit..saya bru apply ptptn harini..saya buka akaun sspn semalam so mesti da boleh apply arini..tapi lepas saya isi semua maklumat tibe2 dekat page terakahir dy kata no akaun sspn sy xsah n sruh sy fax no akaun sspn sy..saya tak click lagi butang "ya" sebagai selesai isi maklumat sbb sy takut nnti kne buat pndftaran bru..pelik la sedangkan no akaun sspn sy da aktif da..silap sape sbnarnya? klu sy xtekan lagi butang "ya" maknenya borang saya belum dihantar kan?minta tlg please..runsing ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. saya juga ada masalah sama, padahal no akaun tu dah aktif. kenapa ya? saya nak tanya juga, pegawai ptptn tu datang kutip borang waktu hari pendaftaran/orientasi ke? takut by that time masih belum selesai masalah ni.. kalau terpaksa apply for kelompok dua, then all yuran sebelum tu kena bayar sendiri la ye? maaf ya, banyak tanya, walaupun saudari dah tutup perbincangan ni...

      Delete
    2. wsalam. tak tahu sebab apa.

      pegawai datang bergantung pada tarikh pihak U akan gtaw. yuran boleh rujuk bendahari U.

      Delete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete